Pengilang | Atari Corporation |
---|---|
Jenis | Konsol permainan video |
Generasi | Generasi ketiga |
Ketersediaan runcit | November 1987[1] |
Media | Katrij ROM |
CPU | Atari 6502c berkelajuan 1.79 MHz |
Atari XE Video Game System (dikenali juga dengan nama Atari XEGS) merupakan sebuah konsol permainan video yang dikeluarkan oleh syarikat Atari Corporation pada tahun 1987. Konsol ini direka berdasarkan kepada produk komputer 8-bit Atari dan ia merupakan konsol yang dikeluarkan dalam 8-bit. Atari XEGS juga berupaya memainkan permainan video yang dikeluarkan untuk konsol-konsol Atari sebelum ini.
Pengguna yang membeli set konsol Atari XEGS akan menerima sebuah konsol dan alat pengawal kayu ria, manakala set lengkap pula dilengkapi dengan sebuah konsol, alat pengawal kayu ria, papan kekunci dan pistol penembak[2]. Konsol ini tidak bertahan lama dalam pasaran kerana pada ketika itu, ramai pengguna telah memilik konsol NES dan Sega Master System dan telah berjaya mengaut keuntungan yang banyak[3].